Saturday, 14 July 2012

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN INTERNET


Asalamualaikum...

Ada saja kebaikan dan juga keburukan setiap sesuatu perkhidmatan itu dan hari ini kita kongsi maklumat terkini berkaitan baik buruk berinternet. Internet adalah suatu kemudahan dan jika disalahguna bukan mendatangkan kebaikan malah mengundang keburukan . Akan tetapi tidak dapat dinafikan penggunaan internet adalah sesuatu yang perlu sekarang ini . Jika kita bersembang di warung kopi kita akan dengar betapa jauhnya ketinggalan cara mereka menceritakan sesuatu isu itu oleh kerana mereka tiada internet dan ketinggalan dalam teknologi maklumat . Bukan semua … tetapi kadang kadang segelintir kaki kelentong kedai kopi ini bodoh sombong berpanjangan . Tetapi betul juga pada waktu akhir zaman ni memang banyak cerita yang sukar dipercayai. Keburukan keburukan ber internet dan kebaikannya yang ada dalam pengguna internet seperti dibawah .

Sekarang kita cerita keburukan penggunaan internet kepada kehidupan manusia .

Yang selalu jadi isu bekaitan cara guna internet ni adalah berkaitan melayari halaman lucah atau website porno . Memang sukar nak cegah akan tetapi jika seseorang itu kuat iman nya … Insyaallah dia tidak mengunjungi laman web lucah itu .

Isu isu fitnah memfitnah , membuka aib sesama kita , memaki hamun tanpa batasan , penyebaran berita berita artis yang segelintir mereka merosak dan menyesatkan pemikiran anak anak muda kearah pergaulan bebas dan cara hidup mengairahkan supaya kita lupa Allah dan rasul dan lupa dosa pahala memang banyak dan yang kita hairan juga , ada blogger tolong promosi cerita mereka untuk menarik pengunjung ke blog mereka dan mendapat sedikit wang pengiklanan dari blog mereka .Na’uzubilah Min Zalik. Sebenarnya Blogger mana pun boleh buat cerita sensasi , samada berkaitan politik atau artis .. akan tetapi mereka takut dengan Allah swt. Jika perkara benar .. tak salah pun jika nak tulis.

Internet juga boleh digunakan oleh pihak atau musuh Islam untuk menjatuhkan kerajaan sesuatu negara orang Islam dengan menggunakan propaganda di laman sosial dll dan meletakan boneka mereka disana .

Internet juga akan membuatkan segelintir manusia leka dengannya . Sebagai contohnya asyik bermain game online , berchatting , berfacebook sepanjang hari dll.

Banyak pengiklanan secara online di internet dan banyak juga kes penipuan diinternet , oleh itu pasti kan betul betul dengan siapa kita berurusan dalam talian internet.

Penggodaman banyak berlaku dan banyak virus berupa kod tersebar .

Banyak keluar wang untuk membayar perkhidmatan sambungan internet yang adakalanya tak berbaloi dari apa yang kita bayar . Kira kira dalam katagori penipuan juga tu.

Awas … internet juga banyak berlakunya kebocoran data data penting peribadi kita , samada berkaitan diri , harta , wang dll.

Perlu juga diingatkan bukan semua berita berita atau maklumat di internet tepat , oleh itu setiap berita memerlukan penelitian menyeluruh .

Sekarang kita cerita pula kebaikan kebaikan cara guna internet untuk kebaikan manusia .

Dengan sambungan penggunaan internet maklumat maklumat yang kita inginkan dapat dicapai dengan cepat sekali .Perkembangan perkembangan yang terjadi didalam negara dan diluar negara dapat ditatapi dalam masa yang pantas.Bagi pelajar dan yang memerlukan maklumat untuk kegunaan mereka .. memang sangat mudah jika ada line internet untuk mereka. Mereka selalunya gunakan enjin carian Google .Perkataan perkataan yang mereka mungkin taip begini : kesimpulan kebaikan dan keburukan internet , kebaikan dan keburukan internet kepada pelajar , contoh karangan kebaikan dan keburukan internet , karangan kebaikan dan keburukan internet , kebaikan dan keburukan komputer , karangan kebaikan dan keburukan internet spm dll. Makna kata mudahlah mereka mencari maklumat di internet .

Jika bijak menggunakan internet ..boleh juga menambah pendapatan keluarga dengan buat bisnes online .

Boleh juga buat sebagai penyambung saliturahim melalui laman sosial Twiter , facebook , Google Plus dll.

Dan boleh juga berdakwah di internet melalui penulisan , upload video , ceramah MP3 , pemberitahuan masa pengajian atau kuliah yang akan diadakan dll .

Sekian terima kasih, .. Wasallam

No comments:

Post a Comment